TAJA HAFIZ DI PALESTIN

Pernahkah kita terfikir mengapa rakyat Palestin masih mampu bertahan daripada serangan kejam Zionis Israel selama ini?

Apakah rahsia kekuatan mereka?


Jawapannya adalah AL-QUR’AN. Ya al-Qur’an!


Bukan kerana al-Qur’an sebagai mushaf semata-mata, tetapi kerana isi kandungan al-Qur’an, janji-janji Allah dan ganjaran orang yang mempertahankan agama hidup di hati mereka.

Hasilnya mereka tidak gerun kepada sniper, dron, bom kimia dan tentera Zionis Israel. Malah, bertambah-tambah keyakinan kepada bantuan Allah walaupun senjata mereka hanyalah batu.

Dari generasi ke generasi, mereka terus mempertahankan Palestin sehingga ke hari ini. Inilah warisan perjuangan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang begitu berharga sekali.

Justeru, Aqsa Syarif dengan kerjasama Muslim Professionals Forum (MPF) ingin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin untuk sekali lagi turut serta dalam

Adopt A Hafiz 2019

Dengan tajaan serendah RM 50, anda mampu menaja para Hafiz al-Qur’an di Palestin dan memastikan perjuangan membebaskan Palestin terus kuat dan teguh berkat didikan al-Qur’an kepada generasi muda pewaris pejuangan.

Siapa tidak bangga dapat melahirkan generasi al-Qur’an di Gaza, kan?

Seramai 1,000 bakal Hafiz di Palestin sedang menantikan penajaan anda!

Lebih istimewanya untuk tahun 2019 ini,
kami memberi peluang kepada anda untuk turut menaja
300 bakal Hafiz di Tebing Barat!

Generasi inilah akan menjadi perintis Penjaga Masjidil Aqsa yang berkawal dan mempertahankan Masjidil Aqsa dari dirampas rejim Zionis Israel di saat sahabat-sahabat mereka dikepung di Gaza.

Penjaga Masjidil Aqsa (Murabitat) mengangkat al-Qur'an sebagai sumber kekuatan mereka ketika mempertahankan Masjidil Aqsa

Lihatlah para Penjaga Masjidil Aqsa yang sentiasa mengangkat al-Qur’an walaupun dikasari polis Zionis Israel. Tajaan anda akan melahirkan generasi yang mempertahankan masjid ketiga paling suci dalam Islam dengan al-Qur’an tersemat di dalam hati!

Generasi al-Qur’an ini adalah benteng terakhir Masjidil Aqsa dari dirampas rejim Zionis Israel.


Ayuh jangan lepaskan peluang ini!

Jom Taja Hafiz dengan serendah RM 50 , RM 450 atau RM 900!

Dari tangan anda ke tangan mereka yang akan menghafal dan menyanjung al-Qur’an.

Dari tangan anda jugalah bakal lahirnya generasi al-Qur’an yang tetap akan mempertahankan bumi Palestin dari jajahan Zionis Israel.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek Adopt A Hafiz 2019, klik butang dibawah:

BUTIRAN ADOPT A HAFIZ

Gaza

350 pelajar lelaki & 350 pelajar perempuan (Batch Kedua | Tahun Ketiga Pengajian)

Tebing Barat

150 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan (Batch Pertama | Tahun Pertama Pengajian)

Program Adopt A Hafiz telah dilaksanakan sejak tahun 2013 dengan kerjasama Aqsa Syarif, Darul Quranul Karim wa Sunnah dan Muslim Professional Forum (MPF).

Setiap Muhaffiz (pengajar) perlu mendapat kursus persediaan dari Darul Quranul Karim wa Sunnah (DQWS) atau Kementerian Pendidikan Gaza. Penilaian Hafiz berdasarkan hafazan, tajwid dan pengajaran al-Qur’an.

Adopt A Hafiz di Tebing Barat baru diperkenalkan pada tahun ini untuk kemasukan pelajar Batch Pertama.

Anda boleh dapatkan laporan Adopt A Hafiz (Batch Pertama) di Gaza dengan klik butang dibawah.

Penyaluran tajaan juga boleh disalurkan ke:


HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD


CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
BANK ISLAM: 1209-20100-34904

JomPAY Biller Code: 6197

Emelkan salinan bank slip ke [email protected] beserta maklumat peribadi anda; nama, nombor telefon, dan alamat surat menyurat (kecuali transaksi melalui billplz.com).

Resit dikeluarkan atas permintaan penderma.