Sehingga Januari 2019, terdapat seramai 164,620 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar di Malaysia, dan pelarian Rohingya adalah yang teramai iaitu 142,370 (Data oleh: United Nation High Commissioner for Refugee (UNHCR), sebuah agensi dibawah UN yang menguruskan pelarian di seluruh dunia).
MyCARE percaya bahawa kita perlu bersama-sama memupuk sifat kemanusiaan tidak kira agama, bangsa dan negara. Oleh itu, MyCARE mengambil inisiatif mewujudkan pelaburan jangka panjang untuk mendidik anak-anak pelarian yang tidak bernasib baik ini.
Melalui pendidikan, anak-anak pelarian Rohingya ini diharapkan akan menjadi pemimpin pada masa akan datang dan mengembalikan semula kesejahteraan di tempat asal mereka. Pusat Tahfiz Al-Quran Al-Amin, adalah sebuah inisiatif untuk mendidik anak-anak pelarian Rohingya muslim, berteraskan pengajaran Quran dan Sunnah untuk mencapai hasrat tersebut.

Kenali Guru Besar Kami.

Maahad Tahfiz Rohingya
Beliau adalah Ustaz Nurul Amin b Sirajul Haque. Berasal dari Arakan, Myanmar. Beliau merupakan salah seorang pelarian Rohingya yang terpaksa melarikan diri ke Malaysia.
Beliau merupakan seorang hafiz al quran. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang hafazan Al Quran di Bangladesh. Kini beliau telah berada di Malaysia selama 7 tahun. Ibu bapa beliau telah meninggal dunia ketika berada di kem pelarian di Bangladesh, sementara adik beradik beliau yang lain masih berada di sana.
Pengalaman berada di atas bot selama 19 hari bersama-sama pelarian lain untuk sampai ke sini dengan pelbagai lagi halangan, membuatkan beliau nekad untuk mengubah nasib dan masa depan mereka.

Kini, beliau telah berbakti sepenuh masa kepada anak-anak pelarian Rohingya dengan mengajar Al Quran serta Bahasa Inggeris.

Anak Murid Rohingya

Seramai 20 orang anak pelarian dan asnaf Rohingya yang sedang belajar di Maahad Tahfiz Rohingya ini. Sistem hafalan di Tahfiz Al Amin MyCARE bermula dari Juz 28 hingga Juz 30 dan kemudian bermula dari Juz 1 hingga seterusnya. Program pengajian akan berlangsung selama tiga tahun.

Hubungan Dengan Komuniti Setempat

Sebelum Tahfiz Al Amin MyCARE beroperasi, sebuah mesyuarat bersama pihak surau, jiran samada muslim atau non muslim telah diadakan, bagi memaklumkan berkenaan pembukaan maahad tahfiz tersebut.
Kini, hubungan yang dibina adalah sangat baik. Jemaah surau menzahirkan rasa gembira dengan keberadaan pelajar di surau mereka, kerana para pelajar ini telah mengimarahkan surau, malahan Ustaz Amin sentiasa menjadi imam di surau tersebut.
Pada Ramadhan 2018, pihak surau telah bersetuju untuk melantik Ustaz Amin sebagai imam solat Terawih di surau tersebut sepanjang bulan.

Maahad Tahfiz Memerlukan Tajaan

Setelah dua tahun beroperasi, pengurusan maahad tahfiz memerlukan tajaan yang berterusan bagi menampung kos sedia ada. Rumah yang diduduki oleh anak-anak Rohingya sekarang adalah sedekah jariah dari seorang usahawan tempatan.
Kami memerlukan niat ikhlas dan amal jariah anda yang membaca bagi meneruskan kelangsungan maahad tahfiz ini. Sumbangan boleh dibuat menerusi link sumbangan berikut:
Penyaluran tajaan juga boleh disalurkan ke:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2 MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299 BANK ISLAM: 1209-20100-34904 JomPAY Biller Code: 6197 Emelkan salinan bank slip ke [email protected] beserta maklumat peribadi anda; nama, nombor telefon, dan alamat surat menyurat (kecuali transaksi melalui billplz.com). Resit dikeluarkan atas permintaan penderma.