Sasaran kempen: RM 3.5 JUTA

36%
Klik pakej tajaan dibawah untuk menyumbang dalam kempen MyRamadan 1440H
Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1437H (2016)
Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1438H (2017)
Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1439H (2018)

MyRamadan 2019

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Krisis kemanusiaan di dunia semakin hari semakin parah. Kebuluran di Yaman mencapai tahap kronik dimana 11 JUTA penduduk Yaman dikategorikan dalam Fasa 3 kebuluran menurut PBB.

85,000 kanak-kanak berumur BAWAH 5 TAHUN berkemungkinan mati akibat malnutrisi (kekurangan zat makanan) menurut satu laporan dari Save The Children.

Sementara di Somalia pula hampir 1 JUTA kanak-kanak kekurangan zat makanan dan seramai 177,000 daripadanya menderita malnutrisi kronik akibat kekurangan bekalan makanan (OCHA, 20 Jan 2019).

Ketidakstabilan di Iraq terutamanya Mosul mengakibatkan seramai 330,000 pelarian dalam negara terpaksa lari dari rumah dan tinggal di bawah khemah-khemah dalam keadaan serba kekurangan.

Di Gaza pula bekalan makanan semakin payah diperolehi, pekerjaan yang terhad, ditambah dengan kezaliman rejim Zionis Israel seharian seperti menyekat bahan mentah dan makanan masuk ke Gaza, menghalang nelayan turun ke laut, membedil ladang-ladang milik rakyat Palestin dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan 2 JUTA penduduk Gaza terjejas di dalam penjara paling besar di dunia.

Keadaan Syria yang belum pulih menjadikan rakyat mereka masih menjadi pelarian di tempat-tempat terbuka. Malah, masih terdapat beberapa kawasan seperti di Madaya yang masih hidup dalam kebuluran akibat sekatan yang dilakukan oleh rejim Assad.

Jom menyumbang segera demi meringankan beban mereka!
Rakyat Palestin di Gaza tinggal di khemah yang diperbuat daripada zink, kanvas dan kain fabrik.
7.0 cm. Ukur lilit lengan seorang bayi di Yaman.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Ayuh dapatkan gandaan pahala dengan menyumbang menerusi pakej-pakej tajaan seperti

Pek Makanan, Iftar/Sahur dan Hadiah Raya.

Klik pakej tajaan dibawah untuk menyumbang dalam kempen MyRamadan 1440H

Pek Makanan, Iftar/Sahur dan Hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat ditempat-tempat berikut:

Gaza, Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis), Tebing Barat, Syria, Lubnan, Yaman, Cox’s Bazar, Malaysia dan banyak lagi.

Selain daripada itu, MyCARE juga menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan ini seperti Imam Ramadan dan Pembela Ummah.

IMAM PALESTIN
Para hufaz Palestin akan mengimami solat Terawih di masjid dan surau anda.
Selain itu, mereka akan berkongsi isu terkini tentang tanah air mereka iaitu bumi Palestin.
Untuk tempahan Imam Palestin, hubungi En Luqman di talian 019-4815584 atau [email protected]
PEMBELA UMMAH
Aktivis lapangan MyCARE akan berkongsi pengalaman kemanusiaan dan perkembangan terkini Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya terus kepada anda.
Mereka akan berada di syarikat / pejabat kerajaan dan juga masjid / surau di sekitar anda.
Untuk tempahan Pembela Ummah, hubungi En Aiman di talian 018-3832458 atau email ke [email protected]

Selama 9 tahun beroperasi, MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM 118 Juta (sehingga Mac 2019) kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di 22 buah negara.

Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1437H (2016)
Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1438H (2017)
Dapatkan laporan penuh penyaluran MyRamadan 1439H (2018)

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyeru seluruh rakyat Malaysia merebut gandaan saham pahala dengan meringankan beban saudara kita yang kurang bernasib baik di dalam kempen MyRamadan 1440H untuk tahun ke-9 ini dengan tema,

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama.”

Alangkah seronoknya pahala kita digandakan pada bulan Ramadan ini. Lebih seronok lagi, sumbangan anda akan membantu saudara-saudara kita yang sangat memerlukan.

Pastinya mereka bersyukur dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kita. InsyaAllah, doa mereka dimakbulkan Allah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini!

Ayuh kita bersedekah semampu kita.

Atau dapatkan pahala mudah dengan SHARE kempen ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda!

Mana tahu ada yang bersedekah hasil daripada perkongsian anda. Pastinya anda juga mendapat saham pahala.

Malah, dilipatgandakan lagi pahala tersebut!

Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek MyRamadan 2019, klik butang dibawah:

Penyaluran tajaan juga boleh disalurkan ke:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD

CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
BANK ISLAM: 1209-20100-34904

JomPAY Biller Code: 6197

Emelkan salinan bank slip ke [email protected] beserta maklumat peribadi anda; nama, nombor telefon, dan alamat surat menyurat (kecuali transaksi melalui billplz.com).

Resit dikeluarkan atas permintaan penderma.